|
PUM mengutuk keras kezaliman Israel ke atas Palestin |
|
Written by Admin PUM
|
|
Wednesday, 31 December 2008 |
|
2 Muharram 1430 / 30 Disember 2008 Menyedari kebangkitan semula semangat penjajahan baru yang mewarisi semangat perang salib dalam kurun-kurun yang lepas yang ingin menobatkan hegemoni kuasa-kuasa besar dan negara-negara penjajah tradisional, di samping konspirasi zionis dan Israel dalam mengubah senario politik antarabangsa yang menggunakan kempen menentang terorisme sebagai usaha memburukkan imej Islam dan umatnya, di samping membenarkan penggunaan mekanisme undang-undang untuk membunuh dan menangkap secara pre-emptive. Maka PUM dengan ini: 1. Menggesa Amerika Syarikat dan Britain menjelaskan mengapa mereka membiarkan keganasan Israel ini. Jelasnya menunjukkan tindakan Israel ini sebagai terroris. 2. Menyeru supaya pemerintah dan rakyat di negara-negara umat Islam bersatu menghadapi cabaran baru yang serius yang bukan sahaja sedang mengancam negara-negara seperti Afghanistan, Iraq dan Iran, tetapi juga mengancam seluruh negara umat Islam, rakyat majoriti dan minoriti dan umat Islam Palestin khasnya. 3. Menyelar sikap double standard kuasa-kuasa besar dan negara-negara bekas penjajah terhadap layanan mereka yang berbeza-beza dalam isu perlucutan senjata pemusnah besar-besaran dan sebagainya, yang tidak adil terhadap negara-negara islam 4. Menyeru pemimpin dan rakyat di negara-negara Islam agar kembali berpegang teguh dengan nilai-nilai asas ajaran Islam, konsep Islam yang syumul, sistem pendidikan Islam yang sebenar, perpaduan ummah yang kental berasaskan kepentingan bersama, penyediaan kekuatan pertahanan yang boleh menggerunkan musuh-musuh Allah dan umat Islam selaras dengan firman Allah dalam surah al-Anfaal ayat 60. “Bersiaplah menghadapi mereka dengan segala kekuatan yang kamu mampu juga pasukan tentera berkuda agar kamu dapat mengerunkan musuh Allah dan musuh kamu. Juga golongan lain yang kamu tidak menyedarinya tetapi Allah tetap mengenali mereka.”
5. Menyedari gandingan kuasa zionis dan Israel yang begitu kental dengan kuasa ‘extrimist right wings’ Angelican Amerika yang menguasai pentadbiran negara tersebut dalam melaksanakan cita-cita perang salib baru di rantau umat Islam yang berhasrat untuk menjajah dan menakluki negara Islam satu demi satu atas alasan memerdekakan rakyat serta memakmurkan mereka dan mendemokrasikan wilayah tersebut, di samping menguasai sumber-sumber tenaga dan khazanah bumi serta lokasi strategik negara berkenaan maka PUM menyelar kuasa-kuasa berkenaan serta menentang perancangan mereka untuk memerangi negara-negara yang mereka sebutkan sebagai paksi kejahatan. PUM yakin, negara yang menjadi paksi kejahatan sebenarnya adalah negara kuasa besar berkenaan yang telah membuktikan pelbagai sejarah pembabitan; menzalimi dan memerangi berbagai negara dan bangsa di dunia ini.
|
|
Read more...
|
|
|
pengerusi pum pulau pinang dianugerahkan tokoh maal hijrah pulau pinang |
|
Written by Azmi
|
|
Friday, 02 January 2009 |
|
Bekas Pensyarah Ilmu Kemanusiaan Univesiti Sains Malaysia (USM), Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor, 64 dipilih sebagai tokoh Maal Hijrah 1430 peringkat Negeri Pulau Pinang di Dewan Melinium, Kepala Batas pagi semalam.
Anugerah tahunan itu disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Abas dengan disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Mohamad Fairus Khairudin, Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Haji Sazali Husin dan Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Haji Mohd Yusuf Che Teh .
Program yang bertemakan 'Menjana Ummah Gemilang' itu turut mengundang Kumpulan Nasyid UNIC dan penceramah undangan Pensyarah Syariah Kulliyyah Undang-Undang Univesiti Islam Antarabangsa (UIA) merangkap bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Haji Mohd Hashim Haji Yahya.
Dr. Wan Salim dilahirkan di Jitra, Kedah Darul Aman dan mendapat pendidikan menengah di Mahaad Mahmud, Alor Setar dan mendapat pendidikan agama tidak formal di Kg Meleleh, Jitra.
Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda, Univesiti Al-Azhar Mesir. Mendapat Doktor Falsafah di Univesiti United Kingdom.Pada tahun 1975 beliau bertugas di Pusat Pengajian Tinggi Islam di Nilam Puri dan menamatkan tugasnya di Pusat Ilmu Kemanusiaan USM Pulau Pinang beberapa tahun lepas.
Beliau merupakan Yang DiPertua (YDP) Persatuan Ulama Malaysia cawangan Negeri Pulau Pinang PUMPP dan pernah menulis beberapa kertas kerja peringkat antarabangsa, beberapa rencana di dada-dada akhbar tempatan, Panel Penasihat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan pakar rujuk ilmuan Islam dan kemasyarakatan. Tahniah diucapkan.
|
|
Last Updated ( Saturday, 03 January 2009 )
|
|
|
Tawaran Ibadah Qurban 1429H / 2008 Bersama PUM |
|
Written by Admin PUM
|
|
Sunday, 02 November 2008 |
|
Ibadah Qurban merupakan satu ibadah yang mulia dan ia adalah sunnah yang dituntut. Melakukan Ibadah Qurban sebenarnya bukan semata-mata memperolehi ganjaran Qurban sahaja, tetapi ia turut membolehkan seseorang meraih pahala sedekah, membantu fakir miskin dan meringankan beban orang susah.
Untuk tahun 2008 ini, PUM mengajak seluruh warga Malaysia di mana sahaja berada untuk bersama-sama menyertai Ibadah Qurban yang dirancang khusus untuk membantu mereka yang memerlukan. Beberapa kawasan sasar sudah dikenal pasti dan tumpuan akan diberikan kepada kumpulan sasar ini. Agihan dijangka akan dibuat bermula 10 Zulhijjah 1429 sehingga akhir hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah 1429 kelak. Para Muslim/Muslimah budiman dijemput menyertai dengan membeli bahagian-bahagian Qurban yang diinginkan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami untuk dapatkan pamplet Qurban yang disediakan.
Borang penyertaan juga boleh didapati dari pamplet tersebut, atau boleh dapatkannya dengan menghubungi kami melalui telefon 03-79554300 atau email:
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Marilah kita bermula dengan niat yang baik untuk membantu orang susah, Insya Allah natijahnya akan dapat kita rasai dengan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t.
|
|
Last Updated ( Sunday, 02 November 2008 )
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 Next > End >>
|
| Results 1 - 4 of 14 |